Hibah Bersyarat

Ilmu Ahad. Jom belajar berkenaan penamaan melalui HIBAH BERSYARAT
.
.
Case Study : IBU amik takaful. Penamaan diberikan 100% kepada ANAK yg berumur 6 tahun melalui HIBAH BERSYARAT.
.
.
.
#Senario1
~~~~~~~~
Selain anak sebagai penama, dalam form penamaan tu ADA diletakkan Trustee misalnya Amanah Raya Berhad atau As-Salihin Trustee (dah hire dorang siap2).
.
Maka sekiranya berlaku kematian kepada ibu, duit pampasan tu akan dipegang oleh Trustee dan hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencecah umur 18 tahun.
.
Walau bagaimanapun, sekiranya penjaga sah ada surat tadbir kuasa, maka bolehlah dikeluarkan sedikit2 duit tu utk keperluan  anak misalnya utk belanja beli baju sekolah, bayar van sekolah, yuran peperiksaan dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh Trustee.
.
.
.
#Senario2
~~~~~~~~
Anak sebagai penama tapi dalam form penamaan TIDAK diletakkan sebarang Trustee.
.
Sekiranya berlaku kematian kepada ibu, maka duit pampasan tu akan pergi kepada SURVIVING PARENT (dalam kes ni kepada bapa sekiranya masih hidup).
.
.
.
#Senario3
~~~~~~~~
Anak sebagai penama tapi dalam form penamaan TAKDE Trustee dan budak tu pun dah TAKDE surviving parent (bapa dah meninggal).
.
Sekiranya berlaku kematian kepada ibu, penjaga yg sah (legal guardian) boleh membuat tuntutan kepada PruBSN dengan syarat ada surat tadbir kuasa (LA) atau Grant of probate serta amount pampasan tidak melebihi RM50,000. Sekiranya lebih RM50,000, wang sijil akan diserahkan kepada Trustee iaitu Amanah Raya Berhad.
.
Bila dah diserahkan ke Amanah Raya Berhad, mcm biasalah ye, kena tunggu umur 18 tahun atau berbalik mcm Senario 1, legal guardian dengan surat tadbir kuasa boleh keluarkan sikit2 duit tu utk belanja keperluan anak.
.
Nota bulu kaki : Penjelasan ni hanya terpakai untuk pemegang sijil PruBSN. Pemegang sijil/polisi syarikat takaful/insurans lain, sila rujuk agent anda masing2.
.
Credit Suzilah zainuddin
.
.
0182838810
Nazir Aziz
Prudential BSN Takaful Berhad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Hibah Takaful

PRUBSN Warisan

Prubsn Warisan